Wednesday, March 5, 2008

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-12 Kelab NSR

Petaling Jaya - Satu Majlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-12 Kelab NSR telah diadakan pada 15 Mac 2008 (Sabtu) jam 2.00 petang hingga 6.30 petang bertempat di Lindungan Motor Service Centre, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Diantara tetamu yang hadir adalah terdiri daripada pelumba-pelumba one make race honda wave 125 yang diterajui oleh Pengurusnya iaitu Saudara Razali Ahmad, Bob & Abg Rauzan. Pelumba tersebut adalah Adik Ammar Afiq, Adik Mohd Fitri, Adik Farah Amelina (satu-satunya pelumba wanita) & Adik Ara. Encik Tan dari Boon Siew Honda turut hadir. Di majlis itu juga telah dilancarkan laman web Kuala Lumpur Honda Motorsports Club (klhmc-nsrclub.blogspot.com). Rata-rata semua ahli kelab telah hadir dengan pelbagai acara telah disusun diantaranya cabutan hadiah bertuah. Ahli baru dari penunggang CBR150 juga turut hadir. Barangan lelongan juga diadakan pada hari tersebut. Syabas & Tahniah kepada Kelab.

1 comment:

KL Honda Motorsports Club - said...

bagus bro..
byk kn lg news k..
i support u..