Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Kelab NSR mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 & 1430 Hijrah kepada Semua Ahli. "Tunggang Dengan Cermat, Ingatlah Orang Tersayang, Anda Mampu Mengubahnya".

Saturday, October 4, 2008

Salam Aidilfitri Dari Kelab NSR

Kelab NSR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Tunggang Dengan Cermat, Ingatlah Orang Yang Tersayang, Anda Mampu Mengubahnya. Dikesempatan ini juga Penaung Kelab Rauzan Surip serta Keluarga mengucapkan Salam Aidilfitri, Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Maaf Zahir & Batin.

Friday, October 3, 2008

MotoGP2008 kembali lagi!

MotoGP 2008 akan berlangsung di Litar Sepang pada 19 Oktober 2008. Team Repsol Honda 2008 digugat oleh 2 jentera yang tidak asing lagi Yamaha & Ducati. Masing-masing ditunggangi oleh Jaguh Dunia Velentino Rossi (Italy) & Casey Stoner (Australia). Saingan tetap diberikan oleh penunggang honda Dani Pedrosa (Sepanyol) & Nicky Hayden (Amerika Syarikat). Pihak Kelab akan mengadakan satu Konvoi MotoGP2008. Borang telah diedarkan. Setakat ini seramai 135 peserta akan turut serta. Konvoi tersebut akan disertai oleh kumpulan baru dari Honda iaitu Kumpulan Honda CBR150. Sesiapa yang belum mendaftar sila daftar segera kepada Lindungan Service Centre, Abg Rauzan ditalian 03-7874 5035 atau 012-271 1766 / azam (setiausaha) 013-389 5319 atau mat sabdu (presiden) 012-311 5609.

Wednesday, March 5, 2008

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-12 Kelab NSR

Petaling Jaya - Satu Majlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-12 Kelab NSR telah diadakan pada 15 Mac 2008 (Sabtu) jam 2.00 petang hingga 6.30 petang bertempat di Lindungan Motor Service Centre, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Diantara tetamu yang hadir adalah terdiri daripada pelumba-pelumba one make race honda wave 125 yang diterajui oleh Pengurusnya iaitu Saudara Razali Ahmad, Bob & Abg Rauzan. Pelumba tersebut adalah Adik Ammar Afiq, Adik Mohd Fitri, Adik Farah Amelina (satu-satunya pelumba wanita) & Adik Ara. Encik Tan dari Boon Siew Honda turut hadir. Di majlis itu juga telah dilancarkan laman web Kuala Lumpur Honda Motorsports Club (klhmc-nsrclub.blogspot.com). Rata-rata semua ahli kelab telah hadir dengan pelbagai acara telah disusun diantaranya cabutan hadiah bertuah. Ahli baru dari penunggang CBR150 juga turut hadir. Barangan lelongan juga diadakan pada hari tersebut. Syabas & Tahniah kepada Kelab.

Model Baru Honda CBR 150

Wednesday, December 12, 2007

Sejarah Kelab NSR

Pelancaran Kelab NSR pada 15 Mac 1996 di Bangunan Kah Motor (Honda) Jalan 223 Petaling Jaya

Thursday, November 29, 2007

Mesyuarat Kelab Sempena Konvoi Merdeka 2007

28 Ogos 2007 bertempat di Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan